CINTA BAHASA

CINTA BAHASA
BAHASA MELAMBANGKAN PERIBADI INSAN

Tuesday 14 February 2012

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN PERINGKAT BAHAGIAN BETONG (MRSM BETONG VS SMK SPAOH)

PENGUMUMAN

PERHATIAN!
semua pelajar tingkatan 2C dan 2E dikehendaki menjawab soalan kuiz 1 dan
jawapan akan dibincangkan bersama-sama dalam Kelas Gemilang minggu depan.....
Harap maklum....

PENGUMUMAN

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR!
Sila dapatkan nota komsas dalam blog ini: Cerpen Israk untuk
persediaan kelas Hari  Selasa 22/02/2012

Monday 6 February 2012

kesalahan penggunaan 'memberi' dan 'memberikan'

Kemusykilan Bahasa: Antara "Memberi" dengan "Memberikan"

 
Pertanyaan:

 Apakah perbezaan antara "memberi" dengan "memberikan". Yang saya tahu, kedua-duanya merupakan kata kerja transitif yang perlu disambut oleh objek. Bagaimana mahu ditunjukkan perbezaan selanjutnya?

Penjelasan:

Kata kerja transitif 'memberi' diikuti oleh objek penerima seperti "Ayah memberi anaknya wang" ("anaknya" sebagai objek penerima), sementara kata 'memberikan' diikuti oleh objek bergerak, seperti "Ayah memberikan wang kepada anaknya" ("wang" sebagai objek bergerak atau objek yang diterima).

Banyak kesilapan yang dapat ditemukan dalam tulisan seperti "Dia memberikan saya maklumat itu" (seharusnya "Dia memberi saya maklumat itu" atau "Dia memberikan maklumat itu kepada saya"). Apabila dikatakan "Dia memberikan saya", timbul pertanyaan "kepada siapakah saya diberikan"?.

Demikian juga dalam bentuk pasifnya, sering ditemukan kesilapan seperti "Saya diberikan peluang untuk bertugas di negeri kelahiran saya" (seharusnya "Saya diberi peluang untuk bertugas di negeri kelahiran saya" dengan makna 'saya menerima atau mendapat peluang'). Apabila dikatakan "Saya diberikan", timbul kemusykilan "kepada siapakah saya diberikan"?