CINTA BAHASA

CINTA BAHASA
BAHASA MELAMBANGKAN PERIBADI INSAN

Monday 6 February 2012

kesalahan penggunaan 'memberi' dan 'memberikan'

Kemusykilan Bahasa: Antara "Memberi" dengan "Memberikan"

 
Pertanyaan:

 Apakah perbezaan antara "memberi" dengan "memberikan". Yang saya tahu, kedua-duanya merupakan kata kerja transitif yang perlu disambut oleh objek. Bagaimana mahu ditunjukkan perbezaan selanjutnya?

Penjelasan:

Kata kerja transitif 'memberi' diikuti oleh objek penerima seperti "Ayah memberi anaknya wang" ("anaknya" sebagai objek penerima), sementara kata 'memberikan' diikuti oleh objek bergerak, seperti "Ayah memberikan wang kepada anaknya" ("wang" sebagai objek bergerak atau objek yang diterima).

Banyak kesilapan yang dapat ditemukan dalam tulisan seperti "Dia memberikan saya maklumat itu" (seharusnya "Dia memberi saya maklumat itu" atau "Dia memberikan maklumat itu kepada saya"). Apabila dikatakan "Dia memberikan saya", timbul pertanyaan "kepada siapakah saya diberikan"?.

Demikian juga dalam bentuk pasifnya, sering ditemukan kesilapan seperti "Saya diberikan peluang untuk bertugas di negeri kelahiran saya" (seharusnya "Saya diberi peluang untuk bertugas di negeri kelahiran saya" dengan makna 'saya menerima atau mendapat peluang'). Apabila dikatakan "Saya diberikan", timbul kemusykilan "kepada siapakah saya diberikan"?

No comments:

Post a Comment